03 Disember 1998

Borang kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik akan mula diedarkan sebaik keputusan PMR 1998 diumumkan. Borang-borang tersebut boleh didapati secara percuma di Sekolah Menengah Teknik Labuan. Keterangan lanjut boleh diperolehi dengan menelefon 087-461970 pada waktu pejabat.

___________________________________________________________

25 Januari 1999

Sekolah Menengah Teknik Labuan telah memulakan penggunaan Kad Perakam Waktu bagi guru-guru dan Kakitangan Bukan Mengajar (KTBM) pada hari ini. Perubahan ini bertujuan meningkatkan keberkesanan, kecekapan dan kualiti kerja semua warga sekolah.

___________________________________________________________

03 Februari 1999   

Senarai pelajar yang layak ditawarkan ke Sek.Men.Teknik Labuan bagi tahun 1999 telah dikeluarkan pada hari ini. Bagi pelajar-pelajar yang memohon, sila semak nama anda di Sek.Men.Teknik Labuan atau di Laman (homepage) SMTL ini - klik butang menu Kemasukan 1999.

Pelajar-pelajar yang berjaya ditawarkan ke Sek.Men.Teknik Labuan diminta melapor diri pada 09 Februari 1999 (selasa) di Dewan Besar Sek.Men.Teknik Labuan mulai jam 8.30 pagi. Sila bawa bersama Surat Tawaran dan sejumlah wang.

Tahniah. Selamat Datang Ke Sek.Men.Teknik Labuan

___________________________________________________________

11 Februari 1999   

Pelajar-pelajar tingkatan 5 Sek.Men.Teknik Labuan tahun 1998 yang telah menempah Borang Permohonan ke IPTA sesi 1999/2000 (Borang UPU) boleh mendapatkan borang berkenaan di Sek.Men.Teknik Labuan mulai hari ini.

___________________________________________________________

26 Februari 1999   

Acara Merentas Desa sempena kejohanan sukan tahunan kali ke-2 Sek.Men.Teknik Labuan( SMTL) diadakan pada hari ini. Acara ini melibatkan semua pelajar dan menggunakan laluan sekitar Kg.Durian Tunjong, Kerupang, Perumahan MPL, Tanjung Aru dan Kg.Lajau. Acara ini bermula dan berakhir di Padang SMTL Para peserta dijangka dilepaskan dengan rasminya olah Penolong Kanan 1, En.Rumaizi Bin Ahmad tepat jam 8.00 pagi..

___________________________________________________________

28 Februari 1999   

Kejohanan Olahraga Amatur Tertutup kali ke-2 Sek.Men.Teknik Labuan akan berlangsung pada 07 Mac 1999 (Ahad) bertempat di Stadium Labuan. Kejohanan ini akan dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Bahagian W.P.Labuan, En.Awang Damit Bin Suran. Ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Sek.Men.Teknik Labuan dijemput hadir bagi memeriahkan kejohanan tersebut.

___________________________________________________________

02 Mei 1999   

Peperiksaan Pertengahan Tahun 1999 akan bermula pada 14 Mei 1999 (Jumaat) hingga 20 Mei 1999 (Khamis). Peperiksaan ini diduduki oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 aliran vokasional dan teknik semua kursus.

___________________________________________________________

08 Mei 1999   

Kejohanan Liga Bolasepak & Bolajaring SM Teknik Zon Sabah akan berlangsung bermula dari 01 Jun 1999 hingga 04 Jun 1999 bertempat di SM Teknik Labuan sebagai tuan rumah kali ini. Semua SM Teknik seluruh Sabah dijangka mengambil bahagian dalam kejohanan  ini. Orang ramai khasnya warga W.P.Labuan dijemput memeriahkan kejohanan tersebut.

___________________________________________________________

05 Julai 1999   

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sek.Men.Teknik Labuan kali kedua 1999 akan di adakan pada 11 Julai 1999 (Sabtu). Majlis terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

Mesyuarat Agung PIBG----------Jam 8.00 pagi

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan-----------Jam 9.30 pagi

Sek.Men.Teknik Labuan dengan sukacitanya menjemput ibu bapa / penjaga pelajar hadir ke majlis tersebut.

___________________________________________________________

02 Disember 1999  

Borang kemasukan ke S.M.Teknik Labuan bagi tahun 2000 boleh didapati selepas keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diumumkan.

Dapatkan borang berkenaan dengan datang sendiri ke S.M.Teknik Labuan. Bagi mendapatkan maklumat lanju, hubungi S.M.Teknik Labuan di talian telefon 087-461970, faks 087-461820 atau e-mail : smtlbn@tm.net.my

___________________________________________________________

08 Februari 2000  

Senarai pelajar tingkatan 4 yang berjaya melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Teknik Labuan bagi tahun 2000 telahpun dikeluarkan. Anda boleh mengetahui status permohonan anda dengan menghubungi talian telefon 461970, faks 461820, menyemak di laman web ini di link Kemasukan 2000 atau datang sendiri ke sekolah kami.

Surat tawaran kemasukan sedang diedarkan kepada calon-calon yang berjaya. Pendaftaran pelajar tingkatan 4 akan diadakan pada 21 Februari 2000 (Isnin). Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya. selamat menjadi warga "SMTL Campin".