15 Julai 2002

Sekolah Menengah Teknik Labuan menganjurkan program "Seminar Sehari Bersama Dr.Shukri Abdullah - Pecutan Akhir Menghadapi Peperiksaan SPM Tahun 2002". Semua pelajar tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tahun ini terlibat dalam seminar berkenaan. Seminar dikendalikan oleh pakar penceramah kecemerlangan pelajar, Dr.Shukri Abdullah. Seminar berlangsung dalam dua sesi bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Pengetua S.M.Teknik Labuan, Encik Awangku Ali Pg.Jumaat telah merasmikan pembukaan seminar ini.

___________________________________________________________

18 Julai 2002

Ceramah Pemantapan Kertas Bahasa Melayu telah diadakan pada hari ini khas untuk pelajar tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tahun ini. Ceramah ini dikendalikan oleh pakar Bahasa Melayu UPSR, PMR, SPM dan STPM, Encik Mohd.Rick Bin Halil. Ceramah ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar tingkatan 5 dan guru-guru Bahasa Melayu.