Kata Aluan Pengetua Sek.Men.Teknik Labuan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera…

Selamat datang ke laman web Sekolah Menengah Teknik Labuan (SMTL), Wilayah Persekutuan Labuan.

        Laman ini adalah himpunan maklumat, peristiwa dan berita SMTL - dulu dan kini. Ini adalah salah satu upaya SMTL bagi memperkenalkan sekolah kami kepada pengunjung dan penjelajah alam siber ini.

        Laman ini dibangunkan atas dasar menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membawa pendidikan di Malaysia bertaraf antarabangsa. Perletakan maklumat sesebuah sekolah di laman web adalah salah satu agenda tersirat seruan tersebut.

        Satu yang sudah pasti, laman ini boleh dimanfaatkan oleh semua warga pendidikan khasnya di Wilayah Persekutuan Labuan dan di seluruh negara amnya, dalam mengangkat kualiti dan martabat pendidikan ke suatu tahap yang amat cemerlang, melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan.

        Sekiranya kunjungan anda ke laman ini kurang memuaskan, pihak kami berharap maklum balas daripada anda. Buku Pelawat ada disediakan bagi menyalurkan komen atau maklum balas anda. Anda juga boleh menghantar e-mail ke alamat smtlbn@tm.net.my pada bila-bila masa sahaja.

        Saya berharap, semoga komunikasi, interaksi dan pertukaran maklumat akan terus berlaku dengan lebih pesat dan dinamik di ruang siber ini bagi manfaat bidang pendidikan negara. Semoga ini bukan kunjungan kali terakhir anda ke laman ini, kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda semua.

Selamat menjelajah….sekian.Wassalam.

t.t

(Awangku Ali Pg.Jumaat)

Pengetua, Sek.Men.Teknik Labuan,

W.P.Labuan.